KEPUTUSAN MR SELANGOR 2013

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2013

NIZAR - AHLI GUSTI LENGAN TERBAIK SELANGOR 2013

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menganugerahkan kepada Mohamad Nizar bin Yusof sebagai...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2013

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor 2013...

SUPERMATCH 2013

Pertandingan jemputan antarabangsa bagi menutup tirai aktiviti sukan gusti lengan di Malaysia..

MR SELANGOR 2013

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2013. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Search This Blog

Loading...

SELANGOR PRAY FOR MH370

Wednesday, March 12, 2014







Selangor Armwrestlers pray for the safety of MH370 passengers.

MALAYSIA NYARIS SAPU BERSIH - KALTIM POST



Petikan keratan akhbar Kaltim Post tentang kejayaan pasukan Malaysia di Kejohanan Gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014 di Balikpapan, Kalimantan, Indonesia.

 

MALAYSIA HAMPIR SAPU BERSIH DI BALIKPAPAN






Malaysia hampir memenangi semua kategori
2nd Balikpapan International Armwrestling Competition 2014



BALIKPAPAN, 1 Mac 2014  – Dengan kekuatan seramai 15 orang ahli gusti lengan yang terdiri dari atlit gabungan 3 buah negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah, Malaysia hampir memenangi ke semua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014. Kejohanan ini telah diadakan di Balikpapan, Indonesia pada 27 dan 28 Februari 2014 yang lalu.

Sebanyak 5 kategori yang dipertandingkan pada kejohanan kali ke 2 ini, Malaysia telah berjaya memenangi 4 kategori melalui Mohd Nizar Yusof yang menewaskan rakan senegara Mohd Zil Fadli Abdul Halim untuk menjuarai kategori 65-75 kg. Diikuti pula oleh Joeffrey Jolly yang mengalahkan Yulianto (Indonesia) untuk muncul kategori 75-85 kg. Bong Kim Boon menjadi juara kategori 85-95 kg juga mengalahkan rakan senegara iaitu Jolly Johnson. Pingat ke 4 Malaysia disumbangkan oleh Lee Thiem Siew yang berjaya menewaskan musuh tradisinya James H Anes (Indonesia) dalaam kategori 95+ kg. Malaysia hampir memenangi kesemua kategori namun Abdul Rozak Hadezir tewas di tangan Edi (Indonesia) pada kategori 0-65 kg untuk sekadar membawa pulang pingat perak.

Secara keseluruhan Malaysia berjaya memenangi 4 pingat emas dan 3 perak. Ini merupakan pencapaian terbaik berbanding pencapaian pada kejohanan pertama pada tahun 2013 di mana Malaysia hanya memenangi 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pemenang setiap kategori dari juara hingga tempat ke 3 masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai Rp 12,5 juta (juara7 I), Rp 10 juta (juara II), Rp 7,5 juta (juara III).

 
Keputusan penuh adalah seperti berikut;

65kg ke bawah

1 - Edy (Indonesia)
2 - Abdul Razak(Malaysia)
3 – Herman (Indonesia)

 
75kg ke bawah
1 - Nizar Yusof(Malaysia)
2 - Zil Fadli (Malaysia)
3 - Jian Jikan (Indonesia)

 
85kg ke bawah
1 - Joeffrey Jolly (Malaysia)
2 - Darwis (Indonesia)
3 - Chandra (Indonesia)

 
95kg ke bawah
1 - Bong Kim Boon (Malaysia)
2 - Jolly Johnson (Malaysia)
3 - Indonesia

 
95kg ke atas
1 - Lee Thiam Siew (Malaysia)
2 - Anes James (Indonesia)
3 - Sirojuddin (Indonesia)

 
Tahniah pihak kami ucapkan kepada pemain-pemain yang terlibat dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

 Lee Thiem Siew - 95kg ke atas


Bong Kim Boon, 95kg ke bawah 


 Jeoffery Jolly, 85kg ke bawah
 

 Abdul Razak Hadezhir, naib juara 65kg ke bawah


 Jeoffery Jolly dan Jolly Johnson - like father like son

MALAYSIA BERTANDING DI BALIKPAPAN, INDONESIA

Saturday, March 1, 2014





Malaysia menghantar penyertaan terbesar iaitu 14 orang peserta ke Kejohanan gusti Lengan Antarabangsa Balikpapan 2014 yang diadakan di Balikpapan, Indonesia mulai 28 Februaari hingga 2 Mac 2014. Pasukan Malaysia kali ini diwakili oleh gabungan 3 pasukan negeri iaitu Selangor, Melaka dan Sabah.

Antara negara yang akan bertanding selain daripada pasukan Indinesia sendiri dan Malaysia adalaj pasukan daripada Singapura, Azerbaijan, India, Mesir, Ukraine, Australia, Korea Selatan, Jerman, dan Rusia

Malaysia akan menyertai lima kategori iaitu Ada 5 nomor yang dipertandingkan iaitui kelas 65 kg, kelas 75 kg, kelas 85 kg, kelas 95 kg, dan + 95 kg dengan mensasarkan sekurangnya dua pingat. Tahun lepas malaysia hanya mampu membawa pulang 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pingat perak dimenangi oleh Mervyn Siew (Selangor) manakala pingat gangsa di menangi oleh Lee Thiem Swee (Melaka).


Sementara itu 4 orang pemain Selangor telah dipilih mewakili pasukan Malaysia iaitu Mohamad Nizar bin Yusuf, Mohd Zil fadli Abd Halim yang merupakan juara Mr Selangor 2013 dan juga Abdul Razak Hadezhir serta Syed Saddam Wafa. Manakala lain-lain pemain yang turut serta di antaranya adalah Lee Thiam Swee dan Bong Kim Boon (Melaka), Joeffrey Jolly dan Jolly Johnson (Sabah).

Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mendoakan pasukan ini akan dapat menunjukan prestasi yang cemerlangan pada kejohanan ini nanti sekali gus menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


GUSTI LENGAN SELANGOR 2013

Friday, January 31, 2014



Terima kasih kepada Samsul Fitri @ Surihani yang telah bersusah payah untuk menyediakan gambar-gambar aktivtiti gusti lengan Selangor untuk tahun 2013. Di atas adalah gambar sebahagian daripada aktiviti gusti lengan Selangor sepanjang tahun 2013. Insyaallah untuk tahun 2014 ini akan ada banyak lagi pertandingan yang jauh lebih mencabar. 

Jadi semua diharapkan lebih bersedia untuk mencabar tahun 2014 ini.

TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - JAKE CHIA JUN KIT

Thursday, January 2, 2014


Gambar Ehsan: Facebook Surihani farisya


TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - ZIL FADLI ABDUL HALIM


Gambar Ehsan: Facebook Surihani Farisya


TRIBUTE TO MR SELANGOR 2013 - MOHD NIZAR YUSOF


Gambar ehsan : Facebook Surihani Farisya.


VIDEO" ARMWRESTLING TEQHNIQUES BY IGOR MARZURENKO

Thursday, December 26, 2013




Video klip teknik permainan gusti lengan oleh Igor Marzurenko untuk anda belajar memperkemaskan lagi teknik permainan anda semua.





















VIDEO: ARMWRESTLING EXERCISE - IGOR MARZURENKO



Rahsia Igor Mazurenko berjaya di dalam sukan gusti lengan ini telah dikongsikan didalam video klip seperti yang tersiar di sini. Adalah harap ia akan membantu ahli gusti lengan untuk memperkuatkan lagi keupayaan mamsing-masing.































ARTIKEL : KECEDERAAN SUKAN



Taping and strapping yang berwarna-warni semakin popular dalam kalangan ahli sukan.


Semua ahli sukan sama ada yang aktif dalam sukan bola sepak, badminton, ragbi, gimnastik, renang atau sebut saja sukan apa, semuanya terdedah kepada kecederaan ringan atau berat. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan. Biasanya kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam.

Kecederaan sukan bukan hanya berlaku kepada mereka yang bersukan tetapi semasa bersenam di rumah. Ia dalam kategori yang sama. Kecederaan sukan berlaku mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul atau kejutan pada otot.

Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican, kecederaan sukan yang biasa berlaku seperti calar, luka, sakit urat, terseliuh dan patah, memang mudah diubati.

"Kebanyakannya boleh dirawat menggunakan teknik RICE iaitu rehat (rest), ais (ice), tekanan (compression), ampu atau angkat (elevation) selain ubatan (medication).

"Misalnya pesakit yang cedera pada buku lali perlu berehat daripada bermain, anggota yang cedera diletakkan ais, balut dengan pembalut (bandage) dan ampu atau angkat anggota lebih tinggi daripada paras jantung bagi mengelakkan bengkak atau edema," katanya.

Pesakit juga dinasihatkan mengambil panadol untuk mengurangkan bengkak dan sakit atau ubat antiinflamasi. Biasanya mereka yang aktif bermain bola sepak, futsal, badminton, bola keranjang dan bola jaring memang terdedah kepada kecederaan.

"Bagaimanapun mereka yang cedera dilarang berurut bagi mengelakkan kecederaan semakin parah," katanya.

Dr. Ezlan berkata, kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada

1. kecederaan tisu lembut.
2. kecederaan tulang.

"Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Mereka yang mengalami kecederaan akut seperti terseliuh harus dirawat segera menggunakan kaedah RICE sebelum kecederaan menjadi bertambah kronik," katanya.

Tetapi ada kalanya, mereka terus mengalami kecederaan kronik seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut akibat bermain sukan berkaitan dengan bola dan tennis elbow di siku akibat bermain sukan yang menggunakan raket. Kecederaan ACL perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi.

Jika kecederaan semakin parah, pembedahan adalah langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut. Rawatan untuk tennis elbow pula adalah lengan perlu direhatkan secukupnya dan ini bermakna atlet terpaksa berhenti bersukan atau melakukan kerja berat untuk beberapa minggu. Pesakit yang mengalami kecederaan kronik perlukan rawatan antiinflamasi yang lebih kuat, menjalani fisioterapi, latihan regangan dan menggunakan taping and strapping. Bagaimanapun jika kecederaan semakin teruk, suntikan akan diberikan bagi melegakan radangan.

"Biasanya kecederaan boleh diubati tetapi ia akan mengganggu aktiviti harian individu," katanya.

Menurut Dr. Eizlan, kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau stress fracture.

"Ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus.

"Biasanya mereka akan mengalami hanya sedikit kesakitan tetapi masih boleh berjalan dan bermain seperti biasa," katanya.

Lama-kelamaan keretakan akan melemahkan struktur tulang dan kecederaan yang sedikit saja boleh menyebabkan tulang patah secara tiba-tiba. Jadi bagi mengelakkan kecederaan sukan, Dr. Ezlan menyarankan mereka memanaskan badan dan membuat persediaan yang rapi sebelum bersukan.

"Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar, alat pelindung mata, alat pelindung mulut, alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur.

"Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih dan amalkan semangat kesukanan dengan tidak berniat untuk mencederakan lawan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2oc6uvUPL
© Utusan Melayu (M) Bhd

VIDEO: MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

Wednesday, December 25, 2013




Video klip beberapa perlawanan  yang melibatkan pemain Malaysia di "Malaysia Armwrestling Supermatch 2013 yang telah diadakan pada 14 Disember, 2013 di Ampang Point, Kuala Lumpur.  Lebih banyak video akan diuploadkan tidak lama lagi. Terima kasih untuk Otai Bob (gustilenganmalaysia.blogspot.com) kerana membenarkan perkongsian video klip ini.


Joeffery Jolly (Malaysia) vs Iliya Saadov (Uzbekistan)


Bong Kim Boon (Malaysia) vs Michael Lin (Taiwan)



Jolly Johnson (Malaysia) vs  Kyung Hu (South Korea)



ARMWRESTLING IN VIETNAM

Sunday, December 22, 2013


Bagaimanakan sambutan sukan gusti lengan di negara-negara ASEAN ang lain selain dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Cuba kita tengok video clip di Youtube.  Adakah ini gambaran sebenar gusti lengan di Vietnam. Masih misteri.



Apa komen anda.