MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

Tuesday, June 16, 2015

Share this history on :



KLIA, 13 JUN,2015

Pertandingan Gusti Lengan Mr Selangor 2014/2015  telah diadakan dengan jayanya.. Bertempat di Balai Berlepas, Aras 5, Bangunan Terminal Utama (MTB), KLIA Sepang mempertandingan 4 kategori iaitu Kategori A Lelaki 85kg ke atas, kategori B lelaki 75kg - 85kg, kategori C Lelaki 75kg ke bawah dan buat pertama kalinya kategori D Wanita Terbuka diperkenalkan.

Seramai 53 orang peserta telah bertanding untuk merebut gelaran Mr Selangor iaitu satu pengijktirafan tertinggi dalam arena gusti lengan Selangor.  Azmy Nen telah muncul sebagai Mr Selangor bagi kategori A dengan menewaskan Muhammad Azizi A Ruzi dalam perlawanan tiga set. Unntuk kategori B pula, Roni Iskandar Mansor muncul juara apabila menewaskan Samsul Fitri juga dalam perlawanan 3 set. Manakala Jimmy Lim pula muncul sebagai Mr Selangor apabila menewaskan Mohamad Safuan Asif juga dalam perlawanan 3 set. Untuk kategori Wanita Terbuka, Nur Hidayu Nor Rongsi muncul juara apabila mudah menewaskan lawanannya iaiutu Shazlin Hashim.

Untuk anugerah ahli gusti lengan terbaik Selangor 2014/2015, Roni Iskandar Mansor telah dipilih untuk memenangi anugerah ini. Pemilihan beliau dibuat berdasarkan prestasi cemerlang beliau yang sentiasa mmenunjukan peningkatan demi peningkatan dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Pihak PSLNS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini iaitu MA Sepang Sdn Bhd, Pertubuhan Seven Heavens dan Syarikat Tac Tic. Tanpa sokongan dan sumbangan dari mereka bukan mudah untuk pertandingan ini dilaksanakan.

Adalah diharapkan pertandingan ini dapat memberikan impak kepada pemain=pemain dan sukan gusti lengan sendiri.












 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: