14 HARI LAGI GUSTI LENGAN MPAJ

Sunday, June 23, 2013

Share this history on :



Salam.

Cuma tinggal 14 hari sahaja lagi untuk kita bertempur lagi. Atau lebih tepat adalah pada tanggal 6 Julai 2013. Kali ini gelanggang pertarungan kita adalah di Amphiteatre, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Badang dah maklumkan perkara ini sebulan yang lalu, jadi pasti semuanya dah bersedia Dan jangan lupa, habis bertarung kita sambung lagi pertarungan kita pada 7 Julai di Pantai Puteri Melaka Lepas kita berehat ada bulan Ramadhan. Itu cuma rehat dari pertandingan, latihan mesti tetap Diteruskan, Tiada istilah rehat kepada atlit-atlit sukan.

Setakat ini yang dapat Badangpower sahkan adalah dua pertandingan selepas ini Iaitu pada bulan Oktober dan November. Dalam pada masa yang sama nampaknya bulan Ramadhan tak menjadi masalah kepada beberapa pihak untuk mengadakan pertandingan. Badangpower telah dihubungi oleh beberapa pihak untuk mengadakan pertandingan dalam bulan Ramadhan iaitu 2 pertandingan di Kuala Lumpur dan satu di Johor Bahru. Badangpower rasa tak perlu anda semua menyertai pertandingan ini, Biarkan sahaja budak-budak ingusan yang baru belajar gusti legan sahaja yang bertanding sesama mereka.

Di bawah Badangpower serta maklumat tentang Pertandingan Gusti lengan di MPAJ  seperti berikut.


MPAJ 21st Anniversary Armwrestling Challenge
6hb. Julai, 2013
Dewan Ampihitearter, Menara MAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,
 Kual Lumpur

8.30pg - 5.00ptg

3 kategori
1. Kat A Lelaki 85kg ke atas
2. Kat B Lelaki 75kg - 85kg
3. Kat C Lelaki 75kg & ke bawah

Hadiah
1. Juara RM300 + medal
2. Naib Juara RM200 + medal
3. Ke 3 RM100 + medal
4. Ke 4 - 8 RM50

Yuran
RM30.00

Ingat  6 Julai, 2013, ingat Gusti Lengan!

Ok Jumpa lagi.

Peta ke lokasi




Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: