PIRATE FITNESS - PUSAT LATIHAN GUSTI LENGAN SELANGOR

Sunday, November 18, 2012

Share this history on :

Alam Avebue (Padang Jawa), 17 November, 2012.

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menjalinkan persafahaman dengan Gymnisium Pirates Fitness untuk menjadikan Pirates Fiitness sebagai Pusat Latihan Gusti Lengan Neger Selangor bermula 1 Disember, 2012. Dengan termeterai persefahaman ini, ahli-ahli  gusti lengan Selangor boleh menjalani latilihan fizikal dan memperkemaskinikan teknik-teknik permainan gusti lengan di gym ini dengan bayaran minimum. 



Pirates Ftness yang terletak di A-7-3, Alam Avenue, Jalan Serai Wangi F 16/F, Persiaran Selangor, Seksyen 16, Shah Alam ini dimiliki oleh dua anak muda iaitu Amrie Che Yun dan Naim ini memiliki kelengkapan untuk latihan fizikal yang bersesuaian untuk ahli gusti lengan.

Di samping itu juga , pihak Persatuan dengan sukacita menjemput individu-individu yang berminat untuk menyertai acara gusti lengan datang ke gym ini pada tarikh-tarkh yang akan dtetapkan kemudian untuk mempelajari teknik-teknik permainan gusti lengan. Pihak Persatuan menyediakan dua orang jurulatih yang akan membimbing.mereka mempelajari teknik-teknik permainan yang berkaitan. Jadual latihan akan dimaklumkan di blog resmi Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Hebahan juga akan dibuat di Facebook persatuan yang akan diwujudkan nanti.

Pihhak Persatuan juga ingin mengalakkan mereka yang berminat agar mendaftar menjadi ahli Pirates Fitness dengan uran pendaftaran yang lebih murah daripada harga biasa.. Maklumat lanjut akan pihak Persatuan maklumkan kemudiaan.

Abd Aziz Ali dan Sazali Nazaki, wakil PSLNS mengukur meja gusti lengan Pirates Fitness memastikan piawaian WAF dipatuhi. 

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: